Thursday, November 6, 2008

CaRA MenyAyAngI SEseORanG

1. Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.

5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun

15 TIPS KAWAL STRESS

SOKONGAN
§ Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.



SOLAT
§ Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.



DOA
§ Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.



MENTAL EXERCISE
§ Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.



UBAH SUSUN ATUR RUMAH
§ Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.



PENGURUSAN MASA
§ Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.



PANDANGAN TERHADAP STRESS
§ Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.



TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
§ Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.



BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
§ Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.



KRITIKAN NEGATIF
§ Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.



LAKUKAN PERUBAHAN
§ Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.



JAGA HUBUNGAN BAIK
§ Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.



KETAWA
§ Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.



BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
§ Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.



MENYEMAI SIFAT EHSAN
§ Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

HIDUP tanpa WANITA?????

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan Nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan lelaki- lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-b***h PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain. Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.


TIME HEALS?????

“Time heals?” ada yang benar dan tidak tentang masa berkabung dan libur ini, kerana tidak semua luka itu sama, dan masa bukan penawar terbaik cinta. Banyak kesan perpisahan bergantung pada cara, dan cara itulah yang banyak mempengaruhi emosi diri serta jangka masa.

Berikan masa untuk diri; menyendiri, menikmati sunyi dan menghargai sepi.
Jangan dengar radio atau metallica. Membaca. Berdoa. Bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki ’si dia’, memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari, melihat diri dan pergi membeli-belah atau melancong! Keluar beramai-ramai amat mengubati, tetapi nurani sendiri perlu cekal kerana teman bukan wujud 24 jam 7 hari seminggu. Ada orang putus cinta ‘makan banyak’ mencuba ‘benda gila’, tetapi segala perkara yang memudaratkan diri perlu dihindari. Mendengar nasihat teman amat perlu disaat-saat ini.



Seminggu sudah cukup lama untuk berduka. Sebulan sudah cukup maksimum. Setahun menunjukkan anda sgt lemah jiwa dan pendirian. Bersedih memenatkan jiwa, dan jgn sesekali memenatkan jiwa dengan berduka sentiasa. GET OVER IT!

Hanya org2 yang teguh jiwanya mampu menjadi sahabat setelah berpisah. Jika anda merasakan anda seorang yang nostalgik, pendendam dan ‘pembunuh bersiri’, silalah tegas memadamkan si dia dari layar memori, tanpa mengambil masa terlalu lama. Lapan dari sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenangan, walau pernah rapat dan intim. Idealisme tentang “satu hari mungkin dia menerima aku kembali” adalah frasa yang amat membahayakan diri, kerana dalam banyak perkara;- harapan adalah perkara plg teruk dan bangsat yang membuatkan manusia sesat destinasi, lambat bertindak, kabur pilihan dan pedoman.

Teruslah menjadi manusia. Belajar memperbaiki diri, belajar ceria dan juga melatih personaliti agar lebih positif dan optimistik. yang utama, mulakan usaha dengan menyayangi diri sendiri dan menghargai segala keistimewaan dlm diri. Percayalah, anda akan perlahan-lahan bertambah yakin dan bersedia akan perhubungan seterusnya. Jika anda ditinggalkan, tu bermakna si dia itu yang tidak layak mendapat kasih-cinta anda. Bukan sebaliknya!