Thursday, November 6, 2008

TIME HEALS?????

“Time heals?” ada yang benar dan tidak tentang masa berkabung dan libur ini, kerana tidak semua luka itu sama, dan masa bukan penawar terbaik cinta. Banyak kesan perpisahan bergantung pada cara, dan cara itulah yang banyak mempengaruhi emosi diri serta jangka masa.

Berikan masa untuk diri; menyendiri, menikmati sunyi dan menghargai sepi.
Jangan dengar radio atau metallica. Membaca. Berdoa. Bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki ’si dia’, memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari, melihat diri dan pergi membeli-belah atau melancong! Keluar beramai-ramai amat mengubati, tetapi nurani sendiri perlu cekal kerana teman bukan wujud 24 jam 7 hari seminggu. Ada orang putus cinta ‘makan banyak’ mencuba ‘benda gila’, tetapi segala perkara yang memudaratkan diri perlu dihindari. Mendengar nasihat teman amat perlu disaat-saat ini.



Seminggu sudah cukup lama untuk berduka. Sebulan sudah cukup maksimum. Setahun menunjukkan anda sgt lemah jiwa dan pendirian. Bersedih memenatkan jiwa, dan jgn sesekali memenatkan jiwa dengan berduka sentiasa. GET OVER IT!

Hanya org2 yang teguh jiwanya mampu menjadi sahabat setelah berpisah. Jika anda merasakan anda seorang yang nostalgik, pendendam dan ‘pembunuh bersiri’, silalah tegas memadamkan si dia dari layar memori, tanpa mengambil masa terlalu lama. Lapan dari sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenangan, walau pernah rapat dan intim. Idealisme tentang “satu hari mungkin dia menerima aku kembali” adalah frasa yang amat membahayakan diri, kerana dalam banyak perkara;- harapan adalah perkara plg teruk dan bangsat yang membuatkan manusia sesat destinasi, lambat bertindak, kabur pilihan dan pedoman.

Teruslah menjadi manusia. Belajar memperbaiki diri, belajar ceria dan juga melatih personaliti agar lebih positif dan optimistik. yang utama, mulakan usaha dengan menyayangi diri sendiri dan menghargai segala keistimewaan dlm diri. Percayalah, anda akan perlahan-lahan bertambah yakin dan bersedia akan perhubungan seterusnya. Jika anda ditinggalkan, tu bermakna si dia itu yang tidak layak mendapat kasih-cinta anda. Bukan sebaliknya!

No comments: